Chelodina oblonga
Chelodina oblonga

Chelodina oblonga

Chelodina oblonga juga dikenali sebagai Kura-kura Leher Ular Utara ialah spesies kura-kura dari keluarga Chelidae atau kura-kura leher sisi Austro-Amerika Selatan. Spesies ini mula direkodkan pada 1841 dari spesimen yang diambil semasa ekspedisi melintasi utara Australia. Lokasinya terbatas di Port Essington iaitu wilayah Utara Australia.[10] Spesies ini disinonimkan dengan beberapa spesies kura-kura,[4] dengan taburannya meliputi utara Australia, Indonesia dan Pitcairn. Kura-kura ini ialah subkeluarga Pleurodira. Bersifat maging, menjadikan ikan, berudu, anak kura-kura, cacing, dan cengkerik sebagai makanan.Mereka tidak aggresif dan cenderung melarikan diri berbanding menggigit. Spesies ini bukan sahaja mendiami kawasan air tawar, malah boleh juga ditemui di kawasan air separa masin di selatan New Guinea yang berhampiran pantai. Chelodina oblonga menyembunyikan diri di balik batu, kayu dan menanam dirinya sambil menunggu mangsa (Schnirel, 2008).Templat:Full citation neededDimorfisme Seksual sangat ketara di mana kura-kura betina mempunyai ekor pendek dan tebal.

Rujukan

WikiPedia: Chelodina oblonga http://www.carettochelys.com/pdf-library/ogilby_18... http://www.mapress.com/zootaxa/2010/f/zt02496p037.... http://fossilworks.org/bridge.pl?a=taxonInfo&taxon... http://www.irmng.org/aphia.php?p=taxdetails&id=104... http://www.iucn-tftsg.org/wp-content/uploads/file/... http://www.iucnredlist.org http://www.iucnredlist.org/details/4607/0 http://www.iucnredlist.org/search/details.php/3962... http://www.testudines.org http://www.testudines.org/es/taxons/taxon/251'